Tiada kenaikan tarif elektrik hingga hujung tahun ini – PETRA

PUTRAJAYA – Bermula 1 Julai hingga 21 Disember 2024, pengguna komersial dan industri akan menikmati penurunan kadar surcaj Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) 1 sen per kilowatt sejam (kWj).

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini berkata, ia selari keputusan kerajaan yang menetapkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung sepanjang tempoh berkenaan.

Surcaj bagi kategori lampu jalan (tarif G dan G1) seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diturunkan sebanyak 1 sen/kWj bagi tempoh sama.

“Ia bagi membolehkan PBT menyediakan perkhidmatan pencahayaan menyeluruh di kawasan awam seperti lampu jalan, taman perumahan dan kawasan rekreasi.

“Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik secara bersasar bagi tempoh Julai hingga Disember 2024 bernilai RM2.19 bilion akan dibiayai sepenuhnya kerajaan.

“Kerajaan berharap pemberian subsidi elektrik ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat, sekali gus memastikan pembangunan berterusan ekonomi negara,” jelas PETRA dalam satu kenyataan.

Keputusan ini menunjukkan kerajaan komited memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, selain pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar

KCF 2026 perkukuh perpaduan, berpotensi jadi tarikan pelancongan

KCF 2026 perkukuh perpaduan, berpotensi jadi tarikan pelancongan

Limbang tuan rumah pertama kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat bahagian

Limbang tuan rumah pertama kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat bahagian

Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM

  • By Ynom
  • May 10, 2026
Warga Pulau Banggi sambut baik peruntukan lebih RM31 juta diumum PM