Limbang tuan rumah pertama kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat bahagian

LIMBANG – Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas (KOPK) Peringkat Bahagian Limbang 2026 mencatat sejarah tersendiri apabila julung kali dianjurkan di peringkat bahagian dengan penglibatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari beberapa daerah termasuk penyertaan kontinjen luar negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penganjuran kejohanan itu membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam memperkasakan pendidikan khas serta memastikan golongan MBPK tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan pendidikan negara.

Menurutnya, kejohanan berkenaan bukan sahaja melibatkan penyertaan MBPK dari daerah Limbang dan Lawas, malah turut disertai kontinjen jemputan dari Sipitang serta negara jiran Brunei Darussalam.

“Pendidikan manusiawi merupakan asas kepada pembentukan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Sekiranya kemenjadian murid dapat dicapai dengan baik, MBPK mampu menjadi aset yang sangat berharga kepada negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa murid pendidikan khas perlu diberi akses dan peluang pendidikan yang sama agar mereka dapat mencapai kejayaan dalam bidang diminati serta mempunyai laluan kerjaya pada masa depan.

Dalam pada itu, Hasbi merakamkan penghargaan kepada guru pendidikan khas yang disifatkan sebagai golongan yang sangat dedikasi dan komited dalam mendidik murid berkeperluan khas.

Katanya, guru pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kemahiran mengajar yang tinggi, malah perlu mempunyai kesabaran, empati dan keazaman kuat untuk membantu murid menghadapi cabaran pembelajaran.

Beliau berkata, masyarakat juga perlu mengubah persepsi terhadap golongan istimewa kerana mereka mempunyai potensi besar untuk berjaya jika diberi peluang dan sokongan sewajarnya.

Sebagai contoh, beliau memetik kejayaan beberapa atlet paralimpik negara termasuk Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Beliau turut mengimbas kejayaan bekas atlet paralimpik berasal dari Limbang, Bajuri Ladis yang pernah menyumbang lima pingat emas buat negara dalam acara pecut di Sukan Paragames Manila pada tahun 2005.

Menurutnya lagi, kejayaan tersebut membuktikan bahawa golongan MBPK mampu mencapai kecemerlangan sekiranya diberikan ruang, sokongan dan peluang yang sewajarnya.

Pada masa sama, beliau menyeru ibu bapa, pihak sekolah, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) agar terus berganding bahu dalam menjaga kebajikan serta kepentingan murid pendidikan khas.

“Setiap individu berhak untuk berjaya dan kita semua memainkan peranan penting membantu anak-anak ini melonjakkan potensi diri sehingga mampu membanggakan keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Related Posts

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

ROMPIN – Seramai 22 penyelidik antara 120 peserta mengikuti Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Gambut di Hutan Simpan Resak, Pekan, selama lima hari bermula semalam. Mereka mewakili sembilan universiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

MUKAH – Seorang pekerja pembersihan yang sedang duduk bersantai di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di parkir Lapangan Terbang Mukah tidak menyangka perbuatannya itu mengundang padah apabila ditahan polis,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar

Agihan STR 2026 di Long Lama ringankan beban penduduk luar bandar