SKDS 2.0: Pembayaran semula perbezaan harga diesel bermula 1 Julai

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membayar semula secara tunai perbezaan harga diesel sejak pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api itu daripada mereka yang memohon dalam kalangan penerima Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bermula 1 Julai ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pembayaran ini terbuka hanya kepada pemilik kenderaan logistik berkelayakan yang permohonan sudah diluluskan di bawah SKDS 2.0 namun masih belum menerima ‘fleet card’.

Tambah beliau, pemohon akan diberikan bayaran secara tunai untuk menampung perbezaan antara harga runcit diesel iaitu RM3.35 seliter dan harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.15 seliter, bagi diesel yang digunakan sejak 10 Jun dengan had liter bulanan seperti ditetapkan.

“Mekanisme pembayaran semula ini bertujuan untuk membantu perniagaan logistik berkelayakan sejajar dengan mekanisme penyasaran subsidi diesel,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Permohonan tertakluk kepada had liter tuntutan minyak diesel bagi setiap tuntutan, dengan setiap tuntutan hanya untuk perbelanjaan sebulan.

“Resit asal pembelian diesel hendaklah disimpan bagi tujuan audit. Kementerian Kewangan akan menyalurkan pembayaran semula tunai dalam 15 hari bekerja bagi setiap tuntutan yang diluluskan,” katanya.

Beliau turut mengulangi bahawa kerajaan kekal tekad dalam memastikan golongan yang layak akan mendapat manfaat bantuan yang disediakan.

“Skim subsidi diesel bersasar ini bertujuan menangani ketirisan seterusnya memastikan bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh golongan memerlukan.

“Langkah ini akan memperkasakan lagi pengurusan serta kecekapan kewangan awam dalam usaha untuk meningkatkan kemakmuran negara seperti diilhamkan dalam kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Permohonan pembayaran tunai ini boleh dibuat melalui portal Budi Madani di https://budimadani.gov.my

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Industri padi negara perlukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar retorik politik

Industri padi negara perlukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar retorik politik

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷