
MANCHESTER City terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam persaingan dua penjuru untuk perebutan trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.
Man City bergelut untuk mendapatkan gol pada separuh masa pertama apabila Brentford kukuh mempertahankan gawang mereka pada aksi separuh masa pertama, awal pagi tadi.
City mempertaruhkan kepantasan dua pemain sayap mereka, Antoine Semenyo dan Jeremy Doku dalam usaha mahu menembusi gawang lawan.
Pada masa yang sama Brentford memberikan ancaman menerusi serangan balas mereka, dengan serangan yang dikepalai Igor Thiago yang memiliki beberapa peluang, namun menemui jalan buntu untuk merobek gawang City.
Manchester City memecah kebuntuan menerusi gol Jeremy Doku pada minit ke-60.
Pemain sayap itu melakukan lencongan menewaskan Kelleher yang cemerlang menafikan beberapa percubaan bahaya City sepanjang perlawanan.
15 minit kemudian, Erling Haaland menggandakan pendahuluan gol untuk City, sebelum Omar Marmoush memastikan mereka menang 3-0.
Kemenangan ini membolehkan Manchester City kekal dalam persaingan dengan beza hanya 2 mata, sebelum Arsenal beraksi menentang West Ham malam ini.







