Tentera Israel tampar, tendang sukarelawan FFCxTMTG

PUTRAJAYA – Tentera Zionis Israel bersikap tidak berperikemanusiaan apabila terdapat sukarelawan dan aktivis misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dikasari selain melakukan penderaan fizikal.

Peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) mendedahkan terdapat sukarelawan yang ditendang, ditampar, ditarik rambut atau direnggut dengan kasar oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF)

Badan pengamal undang-undang itu menegaskan, terdapat aktivis dilaporkan diejek, dihina serta dipaksa untuk mengulangi kenyataan-kenyataan yang merendah-rendahkan mereka seperti menghina negara mereka atau dipaksa mengaku menyayangi Israel.

“Terdapat juga aktivis yang dipaksa berada dalam kedudukan yang sangat menyakitkan seperti dipaksa berlutut dengan kepala di bawah dan tangan diikat ke belakang selama berjam-jam.

“Manakala sebahagiannya pula dijemur di bawah terik matahari. Aktivis-aktivis tersebut juga dilapor dinafikan hak asasi mereka semasa dalam tahanan,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shahrul Anwar pada Rabu memaklumkan, kesemua peserta misi kemanusiaan itu berada dalam keadaan selamat walaupun pada awalnya mereka berdepan tindakan keganasan daripada tentera Israel.

Katanya, kesemua 145 sukarelawan termasuk sembilan delegasi Malaysia misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTG) sudah dipindahkan ke penjara Ketziot, Negev, Israel setakat ini.

Sebelum ini, sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) yang dipintas tentera Israel tiba di Pelabuhan Ashdod.

Kapal Conscience yang membawa lapan rakyat Malaysia tiba di pelabuhan pada 12.45 tengah malam, manakala kapal terakhir Umm Saad yang dinaiki seorang lagi rakyat Malaysia tiba pada 6 pagi waktu Malaysia.

Sembilan rakyat Malaysia adalah ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr Fauziah Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil; dua pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh serta Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar.

Rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Umm Saad pula adalah Dr Maziah Muhammad.

Misi itu dijalankan di bawah gabungan FFC dan TMTG, dengan 10 bot berlepas pada 27 September lalu dari Itali, manakala kapal Conscience dilancarkan di Porto Otranto, Itali dengan peserta berlepas pada 30 September.

Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi