Telegram pula terima lesen penyedia perkhidmatan pesanan internet

KUALA LUMPUR – Selepas TikTok dan Wechat, permohonan Telegram untuk mendapatkan lesen sebagai penyedia perkhidmatan pesanan internet juga telah diluluskan pada Khamis lalu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, bagi permohonan Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram, dan WhatsApp pula, ia dijangka akan selesai dan diluluskan dalam masa terdekat.

“Telegram, Tiktok dan Wechat sudah diluluskan. Bagi Meta masih ada beberapa dokumen yang perlu dihantar tapi kita jangkakan dalam masa terdekat ia akan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media sempena Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan Kerajaan Melaka, di sini, pada Isnin.

Pada Ogos lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini media melaporkan, WeChat dan ByteDance (TikTok) berjaya memperoleh lesen mereka manakala Telegram di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kenyataan platform X yang sebelum ini memaklumkan bahawa ia enggan memohon lesen disebabkan jumlah penggunanya di Malaysia tidak mencapai nilai ambang iaitu lapan juta pengguna, Fahmi berkata pengesahan akan mengambil masa dan beliau mengarahkan MCMC untuk menguruskannya.

“Bagi X pula, (untuk) mengesahkan jumlah penggunanya akan mengambil masa dan saya serahkan kepada pihak MCMC untuk berbincang dan menguruskannya.

“Bagi Google, saya sudah minta pihak MCMC meneruskan libat urus dan dalam masa sama sekiranya kita dapati ada apa-apa perkara yang melanggar undang-undang, tindakan boleh diambil terhadap ketidakpatuhan dan pelanggaran yang dibuat.

“Sebagai contoh video scam (tipu), deepfake (pemalsuan wajah) dan video judi dalam talian yang dimainkan dalam platform Youtube, tindakan boleh diambil,” katanya. 

Katanya, meskipun masih dalam tempoh perbincangan, tindakan akan diambil sekiranya pihak MCMC mendapati berlakunya pelanggaran undang-undang.

“Saya harap semua ini dapat diurus dalam masa terdekat dan oleh kerana hanya Google sahaja (masih belum membuat apa-apa permohonan), kita beri sedikit masa lagi,” ujarnya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis