Pas hentikan sikap munafik, lebih sudu dari kuah bela Najib

PUTRAJAYA – Memprovokasi pemikiran dan minda rakyat dengan mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan isu Titah Adendum jelas terbukti merupakan perbuatan derhaka dan khianat kepada Seri Paduka.

Inilah permainan ciptaan Pas ketika ini, sanggup bergelap mata, memanipulasi titah Agong untuk menipu rakyat agar turun pada perhimpunan solidariti terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Alasan yang diberikan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk meneruskan himpunan solidariti berkenaan meskipun UMNO selaku penganjur mengundur diri, seolah-olah ada udang di sebalik batu yang sedang dilakukan Pas.

Jangan bersikap lebih sudu dari kuah,  tidak cukupkah Pas menunggang Islam dan Melayu sebagai dakyah perjuangan mereka dan kini mereka mahu menjadi hero kepada akar umbi UMNO, kononnya mereka pembela kepada Najib.

UMNO yang menjadi tunjang kepada perjuangan pembebasan bekas Perdana Menteri itu pun akur kepada segala saranan titah Seri Paduka agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, untuk menggunakan saluran perundangan ditetapkan dengan mengemukakan rayuan dalam perkara dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Rakyat Malaysia seharusnya dapat melihat sendiri bagaimana Pas sanggup menggugat kesejahteraan sosio-politik dan meletakkan ekonomi negara dalam situasi bahaya dengan menghapuskan semua lawan politik dengan cara tidak jujur.

Malah, Pas dilihat bersikap seperti anjing menyalak, tidak menghiraukan suara sekutu mereka, Bersatu yang tidak terbabit dalam perhimpunan itu susulan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Ini bukanlah kali pertama Pas menderhaka terhadap titah Seri Paduka Baginda. Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan.

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.

Pas seharusnya istiqamah, bukannya memilih perwatakan sombong kononnya isu Titah Adendum adalah kezaliman dilakukan oleh Kerajaan Madani, sedangkan pemimpin parti itulah seperti ayam berkokok menghentam Najib berkaitan isu rasuah.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa menteri dalam negeri dan kerajaan untuk menguatkuasakan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Dalam keputusan 2-1, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh hakim Azizah Nawawi memutuskan agar kes ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan