Teknologi penyahgaraman air laut, bantu atasi masalah air di Pulau Gaya

KOTA KINABALU – Teknologi desalinasi atau penyahgaraman air laut berpotensi digunakan bagi membantu mengatasi kekurangan bekalan air yang membelenggu lebih 4,117 pengundi berdaftar sekitar Pulau Gaya.

Calon Pakatan Harapan (PH) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin berkata, pendekatan terbabit dilihat mampu menjadi alternatif sumber air kepada kawasan itu, sekali gus menangani krisis bekalan air bersih dalam jangka masa panjang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi memaklumkan, penggunaan teknologi penapisan air laut itu tidak mustahil untuk dilaksanakan berikutan ia pernah dilakukan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah, Jetama Water Sdn Bhd di Pulau Berhala, Sandakan.

“Kalau projek ini boleh dibina di Pulau Berhala, saya rasa tak ada isu kalau kita nak minta kerajaan negeri melalui GLCnya, Jetama Water untuk mengkaji pelaksanaan projek tersebut di sini.

“Ketika ini, bekalan air di sini bergantung kepada penyaluran air melalui paip dari tanah besar (Kota Kinabalu). Masalah sekarang tekanan air tidak konsisten, ia menimbulkan masalah ketidaktentuan bekalan air ke Pulau Gaya,” katanya ketika ditemui media selepas Program Kesedaran Kitar Semula dan Kebersihan Pulau Gaya, pada Rabu.

Turut hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menurut Foong Hin, beliau sedia membawa jentera teknologi penapisan air laut ke Pulau Gaya sekiranya beliau diberikan kepercayaan dan mandat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUA) Tanjung Aru pada 29 November ini.

“Sekiranya tuan puan memberikan mandat kepada saya sebagai wakil rakyat di sini, saya akan membawa jentera (tekonologi penyahgaraman air laut) ke Pulau Gaya bagi menyelesaikan masalah air yang tidak selesai sejak puluhan tahun lamanya

“Isu ini memerlukan kerjasama dengan kerajaan negeri baharu serta pelbagai pemegang taruh seperti Jetama dan idea (saya maklumkan) ini adalah daripada apa Jetama tunjukkan di Pulau Berhala,” katanya.

Mengulas gangguan bekalan air bersih di Kota Kinabalu, beliau memaklumkan, permassalahan itu berpunca daripada kadar urbanisasi yang meningkat terlalu pesat berbanding kemampuan pembinaan loji rawatan air baharu.

“Proses urbanisasi terlalu besar, tetapi kadar pembinaan loji air tidak seiring. Sebab itu wujud jurang. Ada hotel besar seperti Marriott pernah terjejas. Selepas Julai tahun ini, Loji Rawatan Air Telibong Dua telah dapat membantu menampung keperluan rakyat Kota Kinabalu sehingga tiga tahun.

“Tetapi ini juga bermaksud, setiap kali loji baharu dibina, ia hanya mampu bertahan untuk tempoh singkat dan kerana faktor urbanisasi sangat pantas,” katanya.

Chan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, komitmen PH Sabah adalah memastikan perancangan air negeri lebih mampan agar masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama tidak terus membebankan rakyat.

Beliau menegaskan, Sabah perlu bersedia mengambil keputusan yang lebih berani termasuk mempertimbangkan pembinaan empangan baharu, meskipun ia selalu menerima tentangan berkaitan isu alam sekitar.

“Dulu isu alam sekitar jadi penghalang. Betul, bina empangan boleh jejaskan alam sekitar, tetapi masyarakat juga perlukan air bersih. Kita perlu seimbangkan kedua-duanya.

“Sekarang pembinaan empangan pasti menerima tentangan besar daripada penduduk tempatan, tetapi selepas beberapa tahun, kita tetap akan berdepan krisis air yang serius. Mungkin sudah tiba masanya isu ini diteliti semula dan kita cari jalan penyelesaian,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM