Taska di tempat kerja jamin kesejahteraan ibu bapa, perkembangan kanak-kanak

KUCHING – Keberadaan Taska di tempat kerja (TTK) semakin menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan ibu bapa yang bekerja dan perkembangan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Sri Fatimah Abdullah, taska yang berdaftar dan memenuhi piawaian keselamatan serta pendidikan awal kanak-kanak dapat menyediakan sokongan holistik kepada keluarga yang bekerja.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Taska di Tempat Kerja (TTK) Sedidik di Bangunan Baitul Makmur Dua, Kuching, yang dirasmikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Menurut Fatimah, kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada pembangunan awal kanak-kanak dengan menyediakan fasiliti berkualiti yang turut membantu dalam pembelajaran, pembentukan karakter, serta jati diri anak-anak sejak usia muda.

Aspek keselamatan fizikal dan emosi kanak-kanak menjadi keutamaan dalam pengurusan TTK. Setiap taska mesti mempunyai nisbah pengasuh yang sesuai bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat perhatian sewajarnya. Contohnya, bagi kanak-kanak bawah satu tahun, nisbah pengasuh adalah seorang pengasuh untuk setiap tiga kanak-kanak, manakala untuk kanak-kanak usia satu hingga tiga tahun, nisbahnya adalah seorang pengasuh untuk lima kanak-kanak.

Selain itu, pemantauan perkembangan kanak-kanak turut diberi perhatian. Setiap kanak-kanak akan mempunyai fail perkembangan peribadi yang membolehkan ibu bapa dan pengasuh memantau kemajuan mereka. Sekiranya terdapat tanda-tanda kelewatan perkembangan, ibu bapa akan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC).

Inisiatif ini diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada ibu bapa yang bekerja serta memastikan kanak-kanak mendapat asas pendidikan yang kukuh di peringkat awal.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM