6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

PEKAN – Enam pelajar berusia 13 hingga 16 tahun ditahan kerana disyaki merusuh dan mencederakan pelajar lain dalam kejadian berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 13 tahun cedera di pipi kanan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian berlaku selepas mangsa pergi ke sebuah pondok di lokasi itu untuk berjumpa dengan salah seorang pelajar berhubung isu hutang.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum pelajar berusia 14 tahun itu bertindak menolak, menumbuk dan menendang mangsa.

“Beberapa lagi rakan remaja terbabit yang berada di tempat kejadian turut terlibat memukul mangsa.

“Kejadian disaksikan beberapa individu dan dirakam,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Zaidi berkata, susulan kejadian, mangsa menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Pekan.

“Bertindak atas maklumat, enam pelajar terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan kira-kira jam 1.30 pagi semalam untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jamin polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147/507D Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, video kejadian berdurasi 1 minit 12 saat itu tular selepas dikongsi di laman sosial.

Related Posts

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

SARATOK – Keluhan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kabo dan penduduk setempat kini berakhir apabila Jambatan Nanga Apan yang baharu telah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan. Pembukaan jambatan tersebut memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

KANOWIT – Inisiatif Sarawak menyediakan akses pendidikan tinggi percuma di semua universiti milik kerajaan negeri perlu dijadikan pemangkin semangat buat pelajar untuk mengejar kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali