STR, SARA bukti kerajaan tidak pinggir rakyat, kongsi kejayaan ekonomi bersama akar umbi

PUTRAJAYA – Suntikan RM13 bilion melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi Belanjawan 2025, dilihat mampu mengembangkan ekonomi peniaga tempatan.

Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ia sekali gus membolehkan aliran tunai berkisar dalam negara, membabitkan keseluruhan rantaian nilai bekalan barangan, mahupun perkhidmatan.

“Suntikan RM13 bilion itu juga akan dapat digunakan untuk segmen rakyat yang disasarkan bagi membeli barangan keperluan asas, makanan, pakaian dan sebagainya.

“Secara langsung perbelanjaan ini membantu mengembangkan ekonomi domestik negara, dari pengguna hinggalah kepada peruncit, pengangkutan, pemborong dan pengilang iaitu keseluruhan rantaian nilai bekalan barangan mahupun perkhidmatan,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Aimi berkata, kerajaan terus memberikan bantuan tunai kepada rakyat seperti SARA dan STR, dengan menambah peruntukan berbanding tahun yang lalu.

“Ini kerana menyedari pertambahan jumlah penduduk dan cabaran kos sara hidup yang terus meningkat walaupun ekonomi negara semakin bertambah baik.

“Kerajaan juga mahukan penjimatan daripada pelaksanaan subsidi bersasar seperti dari bil elektrik dan bahan api diesel dapat disalurkan secara bersasar juga kepada segmen B40 yang begitu memerlukan.

“Sebagai contoh, penjimatan daripada diesel sebanyak RM4 bilion kini disalurkan melalui STR dan Sara kepada RM13 bilion, pertambahan RM3 bilion dari Belanjawan 2024 yang lalu,” katanya.

Belanjawan 2025 dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu, menyaksikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus dan RM86 bilion belanja pembangunan.

Kerajaan memberikan peningkatan tertinggi pada 2025 bagi STR dan SARA iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) berkata, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kerajaan harus mencipta perancangan sistematik agar kejayaan ekonomi yang diperoleh dapat sampai secara terus kepada golongan paling penting, iaitu rakyat.

Menurutnya, walaupun negara di bawah pimpinan Anwar menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik, inflasi rendah serta kadar pengangguran yang terkawal, ia tetap menimbulkan paradoks apabila limpahan kejayaan itu tidak dapat dirasai oleh pelbagai pihak.

“Walaupun pendapatan negara meningkat, penting untuk memastikan ia tersebar dengan adil kepada semua lapisan masyarakat. Dalam konteks belanjawan, rakyat ingin tahu manfaat langsung yang akan diperoleh untuk kesejahteraan hidup mereka.

“Rakyat sering kali tidak memahami data ekonomi yang kompleks. Contohnya, walaupun inflasi dilaporkan rendah, harga barang masih dirasakan mahal oleh orang awam. Ini menunjukkan perlunya komunikasi lebih jelas dan tindakan yang lebih efektif untuk menangani isu ekonomi yang dirasai orang ramai.

“Merancakkan pertumbuhan bukan isu utama kerana Malaysia mempunyai banyak strategi dan pelan pembangunan tetapi apa yang paling penting ialah, pada akhirnya, bagaimana ia mewujudkan keberhasilan yang sampai kepada rakyat,” katanya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang