SPRM tahan dua bekas pengurus besar bantu siasatan kartel baja

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan pertanian semalam bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan sekitar jam 8.30 malam, ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakam keterangan.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa,” menurut sumber itu.

Menurut sumber SPRM itu, Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani, membenarkan kedua suspek direman tiga dan empat hari, selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan dan kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 30 Oktober, media melaporkan SPRM menahan seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat, berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Related Posts

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia