SPCA Tawau tawar RM5,000 kepada pemberi maklumat anjing disiat hidup-hidup

TAWAU – Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Tawau memberi tawaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana individu yang tampil memberi maklumat berhubung kes seekor anjing yang ditemukan disiat kulit secara hidup-hidup di sebuah kawasan perumahan, Mac lepas.

SPCA Tawau menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, tawaran itu dibuat bagi menangkap pelaku zalim terbabit agar dikenakan hukuman sewajarnya.

Kata kenyataan itu, pihaknya setakat ini berjaya mengumpul RM2,500 dan terus mencari dana bagi membawa pelaku itu ke muka pengadilan.

“Sukarelawan SPCA telah melawati kawasan perumahan itu bagi mengumpul maklumat termasuk menemui penduduk taman selain mendapatkan video rakaman CCTV dari sebuah kedai kopi di situ.

“Sedihnya, kami seperti mencari jarum dalam timbunan jerami kerana tiada petanda dan ini amat membimbangkan warga Tawau.

“Kali ini haiwan yang menjadi mangsa kekejaman, siapa boleh menjamin bahawa seterusnya bukan manusia yang menjadi mangsa?,” soalnya menerusi kenyataan yang dimuat naik, pada Ahad.

Menurut kenyataan sama, SPCA Tawau memaklumkan sebaik mendapat maklumat berkaitan haiwan itu, pihaknya tampil membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan seekor anjing ditemukan ibarat baru selesai dilapah dan dikejarkan ke klinik veterinar berdekatan untuk rawatan kecemasan oleh sukarelawan SPCA Tawau.

Bagaimanapun, haiwan malang seberat lebih 18 kilogram itu mati selepas pembedahan selama hampir tiga jam akibat kecederaan traumatik yang dialami.

Related Posts

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

MUKAH – Kehadiran ribuan pengunjung membanjiri Tapak Kaul Mukah pada Ahad membuktikan penganjuran Showcase Cats30 x Pesta Kaul Mukah berjaya mencapai matlamatnya dalam menyemarakkan lagi sambutan Kaul Mukah 2026. Konsert…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) melancarkan Native Court Management System (NCMS) bagi memperkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri (MAN) di negeri Sabah.  Menteri Kerajaan Tempatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua