Masyarakat jangan buat sebarang spekulasi, kini tiba-tiba ramai pula jadi pakar gas, minyak – Saifuddin

JITRA – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung kejadian letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini yang mengakibatkan kemusnahan yang besar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan tidak bertanggungjawab boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

Sebaliknya, ketika umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, beliau berkata, masyarakat perlu menunjukkan empati dan solidariti kepada mangsa dengan tidak menyebarkan dakwaan yang belum disahkan.

“Orang awam boleh bantu dengan tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian yang kini bersepah di media sosial. Tiba-tiba ramai pula yang jadi pakar gas dan minyak, menganalisis punca tragedi ini.

“Walaupun mereka boleh berbuat demikian atas nama kebebasan bersuara, ini adalah isu siasatan polis, tolong beri kepercayaan kepada pihak polis, biarlah polis siasat tanpa gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau menerima taklimat berkala mengenai perkembangan siasatan dan menegaskan bahawa usaha pengumpulan bukti memerlukan penelitian dan disiplin yang tinggi.

“Ini adalah usaha siasatan yang rapi dan memerlukan ketelitian dalam mengumpul bukti. Saya mohon masyarakat letakkan kepercayaan penuh kepada pasukan polis untuk menyelesaikan siasatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan dua agensi utama di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sudah digerakkan bagi membantu mangsa terbabit.

Selasa lalu media melaporkan kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, Selangor pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Related Posts

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

LIMBANG – Penganjuran Agro Tamu Medamit terus menjadi platform penting dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti luar bandar, khususnya di kawasan Medamit dan Batu Danau. Program anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di beberapa pos pedalaman di sini meluahkan kebimbangan apabila projek Jalan Perhubungan Desa yang sedang dibina didakwa terhenti sejak lebih tiga bulan lalu tanpa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan