Lelaki berputih mata rugi RM411,000 diperdaya pelaburan saham tidak wujud

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun mengalami kerugian sebanyak RM411,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menerima laporan berhubung kes penipuan tersebut.

Menurut beliau, mangsa yang berada di Jeddah, Arab Saudi pada sekitar Februari 2026 pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan pasaran saham yang dipaparkan melalui aplikasi TikTok.

“Mangsa kemudiannya berurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp dan mula berasa yakin dengan pelaburan saham yang ditawarkan itu.

“Akibat terpedaya, mangsa telah melakukan pemindahan wang secara berperingkat sebanyak 17 kali ke dalam lima akaun bank yang berbeza.

“Transaksi tersebut dilakukan bermula dari 5 Mac 2026 sehingga 15 April 2026 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM660,000, namun mangsa hanya menerima pulangan pelaburan sebanyak RM249,000,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek mewajibkannya membeli saham Tawaran Awam Permulaan (IPO) bernilai RM2 juta dengan alasan membesarkan portfolio pelaburannya.

Tambah beliau, hasil semakan awal pihak polis mendapati akaun bank pertama yang menerima pindahan wang daripada mangsa dibuka di sebuah cawangan bank di Padungan, Kuching, Sarawak.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, berserta sebatan dan boleh dikenakan denda.

PDRM menasihati orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan di media sosial, sebaliknya melakukan semakan yang teliti sebelum mula melabur.

Kesahihan sesebuah syarikat atau laman sesawang pelaburan perlulah disemak terlebih dahulu menerusi saluran rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) mahupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi