Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

MUKAH – Seorang pekerja pembersihan yang sedang duduk bersantai di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di parkir Lapangan Terbang Mukah tidak menyangka perbuatannya itu mengundang padah apabila ditahan polis, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek warga tempatan berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Mukah.

Menurut beliau, tangkapan tersebut dilakukan hasil maklumat risikan dan pemantauan berterusan pihak polis terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Tegasnya, hasil pemeriksaan lanjut telah menemui satu keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Dadah yang dirampas dianggarkan seberat 0.36 gram,” katanya ketika dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Muhamad Rizal menjelaskan, suspek kemudiannya dibawa ke pejabat IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya.

Suspek kini direman selama tiga hari bermula 9 Mei sehingga 12 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pihak IPD Mukah akan terus komited dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah tersebut tanpa kompromi.

Related Posts

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

KOTA KINABALU – Tindakan seorang lelaki dipercayai cuba memotong wayar elektrik di atas bumbung sebuah restoran makanan laut di kawasan Sepanggar berakhir tragedi apabila dia ditemukan meninggal dunia akibat terkena…

Lebih lanjut

teruskan membaca
22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

ROMPIN – Seramai 22 penyelidik antara 120 peserta mengikuti Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Gambut di Hutan Simpan Resak, Pekan, selama lima hari bermula semalam. Mereka mewakili sembilan universiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Cubaan potong wayar elektrik berakhr dengan tragedi

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Pas mula masuk FELDA, cipta persepsi konon dapat sokongan peneroka

Industri padi negara perlukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar retorik politik

Industri padi negara perlukan reformasi menyeluruh, bukan sekadar retorik politik

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

22 penyelidik sertai ekspedisi saintifik 5 hari di Hutan Simpan Resak

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Lepak dalam kereta di parkir, lelaki ditahan disyaki miliki dadah

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷

Sambutan minggu perpaduan peringkat Sarawak 2026 perkukuh keharmonian masyarakat⁷