Situasi di Gaza semakin memburuk selepas sekatan bantuan

GAZA – Situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk apabila berlaku krisis kekurangan makanan dan keperluan asas akibat penutupan berterusan semua lintasan kargo yang sekaligus menganggu penghantaran bantuan secara serius.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini semakin memburuk selepas banyak sekatan kemasukan bantuan makanan dan keperluan asas yang lain dikenakan keatas penduduk di sana.

“Rakan-rakan kemanusiaan kami memberi amaran bahawa penutupan semua lintasan kargo baru-baru ini sedang menghapuskan kemajuan penting dalam penyampaian bantuan penting yang menyelamatkan nyawa kepada penduduk Gaza sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Merujuk kepada Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Dujarric melaporkan bahawa keselamatan makanan di Gaza juga berisiko semakin merosot.

“Rakan-rakan kemanusiaan memberi amaran bahawa jika gangguan terhadap penghantaran bantuan berterusan, sekurang-kurangnya 80 ‘dapur komuniti’ mungkin terpaksa menghentikan operasi mereka,” katanya.

Dujarric berkata, sektor pendidikan di Gaza juga menghadapi cabaran besar akibat sekatan akses, yang menyebabkan kekurangan bekalan sekolah yang penting.

“Beberapa pelajar telah kembali ke sekolah selepas keluarga yang kehilangan tempat tinggal mengosongkan bangunan sekolah yang sebelum ini digunakan sebagai tempat perlindungan,” katanya.

Dujarric turut menekankan jurang pembiayaan yang kritikal dalam usaha bantuan kemanusiaan untuk wilayah Palestin.

“Lebih dua bulan berlalu dalam tahun ini, kami hanya memperoleh kurang daripada 4 peratus daripada jumlah AS$4 bilion yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kemanusiaan paling asas di Wilayah Palestin yang diduduki, terutamanya di Gaza,” katanya.

Israel pada Ahad telah memutuskan untuk menghentikan penghantaran bantuan, beberapa jam selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Hamas dan Tel Aviv tamat.

Fasa pertama perjanjian selama enam minggu, yang berkuat kuasa pada akhir Januari, secara rasmi berakhir pada tengah malam Sabtu.

Bagaimanapun, Israel masih belum bersetuju untuk meneruskan ke fasa kedua perjanjian bagi menamatkan perang di Gaza secara kekal, yang telah meragut lebih daripada 48,000 nyawa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan menghancurkan wilayah itu.

Related Posts

Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

WASHINGTON – Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai ‘lelaki yang agak sakit’. Presiden Amerika Syarikat (AS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER