
OTTOWA – Kerajaan Kanada mengumumkan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan import dari Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata tindakan tarif sebanyak 25 peratus atau AS$20.80 bilion (RM92.8 bilion) akan dikenakan secara serta-merta.
“Kanada akan terus mengenakan tarif tersebut disebabkan tindakan AS mengenakan tarif ke atas negara kami,” kata Justin.
Selain itu, Justin menjelaskan tindakan kerajaan Kanada hanya mahu menjaga kepentingan rakyat negara mereka.
Justin turut berkata AS di bawah kepemimpinan Presiden Donald Trump turut bertindak melampaui batas apabila mahu mendekatkan diri kepada pihak Rusia di bawah rejim Presiden Vladimir Putin.
“Walaupun Trump menunjukkan diri melakukan tindakan bijak, tetapi bagi saya, ia merupakan tindakan yang sangat kurang bijak,” kata Justin lagi.
Sebelum ini, Presiden Donald Trump mengesahkan beliau sudah menguatkuasakan perintah tarif ke atas barangan import dari Mexico dan Kanada pada 4 Mac lalu.
Tindakan Trump mencetuskan kebimbangan ramai pihak termasuk beberapa pakar geopolitik berpendapat AS akan mencetuskan perang dagang di Amerika Utara.
Selain itu, saham AS juga ditutup lebih rendah secara mendadak selepas kenyataan dikeluarkan oleh Trump.





