Sindiket sorok diesel hampir RM300,000 tumpas – KPDN Perak

TAIPING – Modus operandi terancang sindiket menyorok 36,000 liter diesel bersubsidi dalam bengkel akhirnya terbongkar apabila kegiatan haram itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerusi Ops Tiris 2025, awal pagi Khamis.

Dalam serbuan jam 1.20 pagi di Simpang, pasukan penguat kuasa merampas bahan api bernilai hampir RM300,000 bersama dua lori, sebuah tangki skid, 22 tangki simpanan pukal (IBC) dan pam khas yang digunakan untuk mengalirkan diesel curi.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan itu hasil risikan teliti selama seminggu terhadap pergerakan suspek yang dipercayai menjalankan penyelewengan secara terancang.

“Sindiket ini membeli diesel sekitar RM2.15 seliter daripada bot nelayan dan pemandu lori tidak amanah sebelum melambakkannya di pasaran gelap kepada pihak industri pada harga kira-kira RM2.45 seliter.

“Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang mendakwa pemandu lori ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang permit atau lesen menyimpan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran sah.

Related Posts

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

KUALA LUMPUR – Elaun Pasca Cuti Bersalin akan diperkenalkan kerajaan sebagai inisiatif baharu bagi membantu ibu bekerja kekal dalam tenaga buruh, di samping meringankan beban selepas melahirkan anak. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’