Sindiket jadikan rumah sewa pusat edar dadah tumpas, rampasan lebih RM700,000

IPOH – Lima lelaki yang kesemuanya positif dadah jenis Methamphetamine berjaya diberkas sekali gus menumpaskan kegiatan pengedaran dadah oleh Polis Perak dalam serbuan di sebuah rumah yang disewa di Chui Chak, Langkap, Teluk Intan dengan nilai rampasan RM787,527 pada Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, serbuan pada jam 8 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, polis menahan lima suspek yang disyaki terlibat dengan aktiviti berkenaan bersama 21.87 kilogram dadah.

Menurut beliau, sindiket ini dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah pada September dan dadah yang dirampas disyaki untuk pasaran tempatan di Perak. Malah ujarnya berdasarkan jumlah dadah yang dirampas, ia boleh digunakan untuk seramai 218,664 orang penagih dadah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis turut menemukan empat peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin dianggarkan seberat 4.21 gram.

“Ketika serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di rumah itu, kesemua suspek tergamam dan tidak dapat melarikan diri daripada kepungan polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati, polis menemukan empat peket plastik lutnsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin dianggarkan seberat 4.21 gram.

“Turut ditemukan empat peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 3.12 gram, serta 13 bungkusan plastik mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis sama seberat 21.82 kilogram,”ujarnya.

Tambah Azizi, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM787,527 dan kesemua suspek yang berusia antara 30 sehingga 47 tahun itu ditahan bersama seorang lagi suspek utama.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM787,527,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, pada Isnin.

Kata beliau, hasil semakan mendapati kesemua mereka mempunyai pelbagai rekod lampau di samping suspek utama berusia 47 tahun mempunyai 23 rekod kesalahan lampau dan 18 berkaitan dadah. Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan juga mendapati kelima-lima suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Polis turut menyita dua kereta dan sebuah motosikal dengan anggaran RM 26,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula 11 Oktober,” ujarnya.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati bekalan dadah diperoleh dari sekitar negeri ini, dan ia mungkin masuk dari luar melalui jalan terbuka sama ada di darat dan laut. Namun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda