Penunggang motosikal maut terperosok bawah bas sekolah

TAWAU – Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Kampung Kalabakan, di sini pada Isnin. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Shah Bakht Amin, 19, meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang. 

“Sebaik menerima panggilan, sepasukan 10 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi dan mendapati seorang mangsa lelaki terperosok di bawah bas. 

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin. 

Menurut Jemishin, operasi ditamatkan pukul 4.50 petang setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Related Posts

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar