Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

TAWAU – Taktik sindiket pengedaran dadah bernilai RM16.34 juta dengan menyembunyikan bahan terlarang itu menggunakan kenderaan terpakai sebelum diedar ke seluruh Sabah dan negara jiran berjaya ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan itu hasil kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam dua siri serbuan di daerah ini.

“Dalam serbuan pertama di Batu 15, Jalan Apas pada 21 April, polis menahan dua suspek bersama sebuah Toyota Harrier sebelum menemukan 128 peket plastik lutsinar disyaki methamphetamine (syabu) seberat 130.60 kilogram.

“Susulan tangkapan itu, serbuan kedua pada 1 Mei kemudian dilakukan ke atas dua kenderaan iaitu Nissan Sylphy dan Toyota Camry di Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan Sylphy merampas 85 bungkusan methamphetamine seberat 90.42kg dan 488 katrij yang mengandungi cecair jenis Fentanyl sebanyak 0.98 liter.

“Pemeriksaan pada kenderaan Camry pula menemukan 99 bungkusan syabu seberat 102.90kg,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Khamis.

Menurut Hussein, jumlah keseluruhan rampasan membabitkan 323.91 kilogram methamphetamine dan 0.98 liter fentanyl itu boleh memudaratkan kira-kira 1.58 juta pengguna.

Hasil siasatan turut mendapati seorang suspek berperanan sebagai transporter manakala seorang lagi ahli sindiket.

“Suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk dadah, manakala seorang lagi dua rekod jenayah.

“Sindiket dipercayai aktif sejak Januari tahun ini dengan modus operandi menggunakan kenderaan terpakai serta menyembunyikannya di ruang tersorok kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kedua-dua suspek sudah didakwa di mahkamah pada Rabu,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita aset bernilai RM34,000 iaitu sebuah Volkswagen Passat, motosikal Yamaha Y16ZR dan wang tunai RM18,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988.

Related Posts

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat

​DI celah-celah keriuhan ekonomi global yang semakin tidak menentu dan tekanan kos sara hidup yang menghimpit, sebuah usaha yang menggambarkan keprihatinan Kerajaan MADANI sedang rancak digerakkan. Kerajaan MADANI, melalui pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

KUALA LUMPUR – Wanita PKR Pusat melahirkan rasa kesal terhadap tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan susulan langkah 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menarik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

28 warga asing direman bantu siasatan tipu pelaburan saham

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa