USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

KOTA KINABALU – Naib Presiden USNO (Bahagian Akademik), Dr Safirah Jaan Jaafar mengumumkan peletakan jawatan beliau daripada kepimpinan parti itu selepas menyifatkan dirinya berada dalam keadaan ‘tersepit’ susulan kemelut dalaman parti yang semakin meruncing.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi memelihara hubungan silaturahim antara semua pihak dalam USNO, memandangkan beliau mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua kumpulan yang bertelagah dalam parti berkenaan.

“Saya berasa sedih kerana seolah-olah tersepit di tengah-tengah. Tan Sri Presiden adalah sosok tubuh yang sangat saya hormati dan telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat melalui platform parti.

“Beliau telah saya anggap seperti orang tua saya sendiri, manakala grup satu lagi telah saya anggap seperti keluarga saya, adik, abang, kakak dan ibu. Oleh itu saya merasakan lebih baik saya mengundurkan diri agar dapat memelihara hubungan silaturrahim berkekalan di kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dr Safirah turut meluahkan rasa sedih melihat cabang kepimpinan USNO yang kini berbelah bagi, selain menyifatkan situasi tersebut sebagai sukar untuk beliau mengambil pendirian.

Dalam kenyataan sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat dalam parti itu, selain mendoakan agar USNO terus berkembang sebagai parti yang memperjuangkan rakyat serta menjaga kebajikan ahli.

Beliau turut berharap kedua-dua pihak dalam parti dapat berdamai dan mencari titik persefahaman demi masa depan USNO dan pembangunan Sabah.

Pada Rabu, Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dilaporkan menggunakan kuasa mutlak di bawah Fasal 49.10 Perlembagaan Parti bagi menggantung enam individu termasuk Timbalan Presiden USNO, Datuk Ibrahim Linggam, serta melucutkan pelantikan enam Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (AMET) bagi sesi 2025 hingga 2028, susulan krisis dalaman parti.

Related Posts

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

ARAU – Polis membongkar kegiatan sebuah inap desa di Jalan Padang Nyu di sini yang dipercayai dijadikan lokasi perlindungan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dalam serbuan Ops Pintas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PAKATAN Harapan (PH) dilihat mempunyai kelebihan dari segi sokongan politik yang lebih menyeluruh di Negeri Sembilan berbanding Barisan Nasional (BN), terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya