‘Siasat arahan bekas KM Sabah luluskan dokumen pengenalan’

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Belia KDCA, Steve Johnny Mositun menggesa siasatan menyeluruh dijalankan susulan pendedahan dua pucuk surat rasmi yang mengandungi arahan bertulis daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berhubung kelulusan permohonan dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, siasatan perlu difokuskan terhadap kemungkinan berlakunya campur tangan dalam sistem pendaftaran negara.

Salah satu surat bertarikh 26 April 2019 menunjukkan arahan kepada Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri agar satu permohonan diluluskan. 

Manakala surat kedua bertarikh 9 Oktober 2019 mengandungi minit kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berbunyi: “sukacita dapat diluluskan.”

Steve menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar dan menimbulkan persoalan tentang sejauh mana pengaruh politik negeri mencampuri urusan pendaftaran MyKAS, MyPR dan seterusnya MyKad.

“Justin Wong boleh menyatakan bahawa Ketua Menteri tiada kuasa mutlak untuk meluluskan kewarganegaraan. 

“Kita tidak mempertikaikan fakta itu. Tetapi isu di sini ialah mengapa seorang Ketua Menteri boleh minit secara langsung supaya permohonan dokumen pengenalan diluluskan?” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Beliau menegaskan, proses kelulusan dokumen pengenalan diri harus kekal bebas daripada sebarang pengaruh politik atau campur tangan kerajaan negeri bagi memastikan integriti sistem pendaftaran negara tidak tercemar.

Justeru, Steve menggesa JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan secara telus jumlah permohonan MyKAS, MyPR dan MyKad yang mendapat sokongan bertulis daripada Shafie semasa beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dari tahun 2018 hingga 2020.

“Persoalan penting yang timbul ialah, adakah semua permohonan yang disokong melalui minit rasmi itu telah melalui proses dokumentasi, tapisan keselamatan dan pematuhan undang-undang?

“Adakah tindakan ini bertentangan dengan Akta Pendaftaran Negara 1959 atau mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan? Dan apakah asas sebenar kepada arahan kelulusan tersebut?” soalnya.

Beliau turut mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan sekiranya terdapat elemen penyalahgunaan kuasa atau ketirisan dalam sistem pentadbiran.

Mengulas lebih lanjut, Steve berkata, rakyat Sabah masih belum melupakan kesan daripada Projek IC, iaitu isu pemberian kewarganegaraan secara tidak sah kepada warga asing pada era lampau yang membawa kesan besar terhadap struktur sosial dan ekonomi negeri.

“Sabah pernah dibakar oleh kesilapan ini. Kita tidak mahu api lama dinyalakan semula melalui pintu belakang pentadbiran negeri. 

“Soal kewarganegaraan bukan mainan politik, ini soal kedaulatan negara,” tegasnya.

Katanya lagi, pihak bertanggungjawab perlu tampil memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat kerana generasi muda Sabah berhak mengetahui kebenaran di sebalik minit rasmi yang sedang tular itu.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, Jumaat lalu. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa