Sesuaikah Muhyiddin jadi PM semula? ‐ Puad Zarkashi

PUTRAJAYA – Perbuatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengheret nama Yang Dipertuan Agong ke-16 semasa berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri disifatkan sebagai keterlaluan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, terdapat 28 aduan pelbagai pihak dibuat terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mohd Puad berkata, Muhyiddin wajib membuat permohonan maaf terbuka terlebih dahulu dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berwajib.

“Sepatutnya dia disiasat segera. Tindakan tegas mesti diambil terhadap Muhyiddin.

“Jika diteliti rakaman yang viral ia mengandungi tuduhan yang serius seolah-olah YDP Agong 16 tidak adil.

“Ucapan, ‘tetapi entah macam mana YDP Agong waktu itu tidak ajak jemput saya ke Istana untuk angkat sumpah’ amat jelas berbaur hasutan,” katanya di Facebook pada Isnin.

Tambah beliau dengan nada sinis berkata, tindakan Muhyiddin itu dibuat secara terbuka dan dalam kempen politik yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).

“Lima hari sudah berlalu. Muhyiddin membisu dan tidak mohon ampun. Sesuaikah dia jadi PM semula?” soalnya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan