#pertahanpahang #tangkapmuhyiddin banjiri media sosial

SEBAGAI tindak balas terhadap sikap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, netizen terutama rakyat Pahang telah membanjiri media sosial dengan #pertahanpahang dan #tangkapmuhyiddin.

Ia juga tanda sokongan kepada kenyataan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menitahkan pihak polis mengambil tindakan tegas ke atas Muhyiddin yang secara terbuka mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Menerusi kenyataan itu, Tengku Hasanal bertitah, ucapan Muhyiddin melalui video ketika berkempen di PRK Nenggiri yang tersebar itu memetik sentimen 3R (kaum, agama, raja).

Tengku Hasanal turut bertitah mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

Seorang pengguna Facebook, Saharah Seman kecewa dengan sikap Muhyiddin dan mahu polis mengambil tindakan terhadap bekas PM ke-8 itu.

“Sultan kami MARUAH kami rakyat Pahang. TS Muhyiddin Yassin telah secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu.

“Diharapkan agar PDRM dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap TS Muhyiddin Yassin. #pertahanpahang #06pertahanpahang,” catatnya.

Miqdad Zakaria pula melalui hantaran Facebooknya menganggap Muhyiddin seorang yang celopar.

“Celopar sungguh lidah Muhyiddin Yassin sehingga keluarga Sultan sendiri bangun mempertahankan bapanya.

“Harap PDRM tegas dalam isu ini, jangan tunggu sehingga ada rakyat yang telah termakan dengan hasutan jahat Muhyidin pergi serang Istana..! Jika itu berlaku, negara kita akan huru-hara. So, Tangkap Muhyidin!,” catatnya.

The Malaysia Press hari ini turut melaporkan Istana Pahang telah membuat satu laporan polis terhadap Muhyiddin yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berkata, laporan itu dibuat selepas menonton rakaman video menerusi aplikasi YouTube yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun ketika berada di Istana Abdulaziz.

Menurutnya, kenyataan Muhyiddin sangat bahaya kerana ia secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan kepada institusi Raja-raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan