Muhyiddin contoh ahli politik Melayu tidak hormat institusi beraja – Danial Al- Rashid

PUTRAJAYA – Tindakan biadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat seolah-olah mencabar institusi beraja dan mengundang pepecahan dalam kalangan rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berkata, tindakan tegas perlu diambil ke atas Muhyiddin yang sewenang-wenangnya memperlekehkan institusi ini.

Menurut beliau, perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi yang mulia ini tetapi juga berpotensi menggugat keamanan dan kestabilan negara.

“Muhyiddin adalah salah satu contoh benar yang memberikan gambaran bahawa parti politik bernuansa Melayu ini sangat tidak menghormati institusi diraja.

“Bagaimana bekas Perdana Menteri ini ingin menjadi contoh yang baik kepada anak bangsa, malah mengeluarkan perkataan yang menyebabkan kemurkaan Tengku Hassanal,” katanya ketika dihubungi oleh TheMalaysiaPress pada Isnin.

Dalam pada itu, Danial yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, menyeru kepada semua ahli politik untuk menghormati dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sebagai tonggak negara yang berdaulat dan bersatu padu.

“Jangan sesekali kita biarkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mencemarkan keharmonian dan perpaduan yang kita nikmati selama ini,” katanya.

Terdahulu, TheMalaysia Press melaporkan kenyataan Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada Isnin, menitahkan pihak polis mengambil tindakan tegas ke atas tindakan Muhyiddin Yassin yang secara sengaja mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tengku Hassanal bertitah, kenyataan Muhyiddin itu memetik sentimen 3R (kaum, agama, raja).

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang