Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri melalui 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menghulurkan bantuan yang dinamakan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor, bermula Ogos ini.

“Setiap hari, satu sekolah di setiap PBT akan disalurkan bantuan ini…kita akan menggilir sekolah-sekolah dan ia akan dilaksanakan untuk semua tahap.

“Kita akan laksanakan kerana kita akan memperuntukkan satu PBT RM1 juta buat masa ini dalam tempoh berapa bulan, misalnya dalam tiga bulan pertama dan kita akan melanjutkan jika ia memberikan kesan yang baik kepada masyarakat.

“Saya nak pastikan juga kualiti makanannya itu makanan yang baik, berprotein ataupun bergizi yang baik untuk tidak mengganggu tumbesaran mereka,” katanya pada sidang media khas berhubung Strategi Persediaan Kerajaan Negeri Selangor Mendepani Krisis Asia Barat di Wisma Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada Khamis.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan