Selepas Mas Ermieyati, Tuan Ibrahim pula sokong ‘agenda politik’ di masjid, surau

KLUANG – Tindakan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang tidak menyokong langkah diambil kerajaan negeri Melaka memecat pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuktikan pembangkang semakin terdesak menggunakan politik kepartian di dalam masjid dan surau.

Mana tidaknya, wajah seorang ketua parti pembangkang menerusi slaid video khutbah Jumaat minggu lalu berisiko menimbulkan kekeliruan dan prejudis masyarakat terhadap profesionalisme serta kewibawaan institusi agama yang seharusnya menjadi pusat penyatupaduan ummah.

Keadaan itu menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan orang ramai susulan agensi Kerajaan Negeri Melaka seolah-olah disabotaj bagi menyebarkan kebaikan pembangkang, selain mencipta persepsi tidak cakna dengan larangan penyebaran agenda politik di masjid dan surau.

Sebelum ini, Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak setuju empat pegawai JAIM diambil tindakan, walaupun secara jelas terbukti mempamerkan wajah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang merupakan agenda politik yang dilarang dalam premis agama.

Beliau mendakwa, perkara yang dilakukan empat pegawai JAIM itu tidak akan mewujudkan sebarang polemik politik sehingga mampu menimbulkan keresahan, selain perpecahan orang Melayu dan umat Islam di masjid dan surau.

Kenyataan itu dilihat ‘direstui’ oleh Pas apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kononnya tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menghapuskan stigma politik di dalam masjid dan surau menggambarkan ketakutan kepada Pas.

”Tindakan berkenaan menggambarkan ketakutan Kerajaan Negeri Melaka dengan kebangkitan Pas dan dilihat ia suatu perkara yang tidak munasabah.

“Ia bukan satu kesalahan besar jika diteliti apabila para pegawai itu memaparkan imej pemimpin politik yang tepat dan bersesuaian,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Malah, Tuan Ibrahim dilihat cuba mencipta naratif palsu apabila menuduh pemecatan itu tidak akan berlaku jika slaid tersebut menggunakan gambar presiden parti lain dalam kerajaan, sedangkan tiada mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan sebelum ini yang bersikap seperti pembangkang.

Terdahulu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berpandangan empat pegawai termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah di JAIM sudah dikenakan tindakan tatatertib susulan kecuaian memasukkan gambar pemimpin politik dalam paparan video khutbah Jumaat di Melaka, minggu lalu.

Katanya, tindakan termasuk memecat dan menukar jawatan itu diambil berikutan kecuaian berkenaan menimbulkan keresahan serta rungutan awam sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat Islam di negeri terbabit.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat