Selepas ditegur Sultan, Kerajaan Selangor ambil langkah proaktif

KERAJAAN Selangor melakukan tindakan proaktif menubuhkan pasukan petugas khas (task force) pelbagai agensi termasuk Persekutuan supaya pelan dan usaha mitigasi bencana banjir.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri mengambil maklum teguran Sultan Selangor, Sultan Sharaffuddin Abdul Aziz Shah berkenaan isu banjir yang melanda negeri itu.

Jelasnya, ‘task force’ itu akan melihat bencana banjir dalam konteks menyeluruh dan Kerajaan Negeri juga telah menekankan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar tidak melengahkan masa dalam menggerakkan usaha-usaha berkaitan.

“Pentadbiran ini menerima dengan hati yang terbuka teguran Tuanku yang sebenarnya menzahirkan betapa prihatinnya Tuanku terhadap nasib rakyat dan negeri Darul Ehsan supaya tidak mengalami nasib seperti di negeri-negeri lain.

“Patik menyatakan komitmen untuk mempercepatkan proses pelaksanaan usaha-usaha ini supaya mengelakkan kelewatan yang sebelum ini sering kali berlaku akibat budaya bekerja dalam silo di peringkat agensi,” katanya dipetik FMT.

Amirudin berkata, ia sama ada dalam bentuk projek pendalaman sungai ataupun pelebaran saliran, kolam-kolam takungan dwi-fungsi.

Jelasnya, semua ini melibatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM1.774 billion iaitu RM574.5 juta di Daerah Klang seperti Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Klang, Seksyen 25, Shah Alam, Sungai Kapar, Sungai Rasah, Pekan Meru, Sungai Rasau. Selain itu, sejumlah RM1.2 billion bagi Daerah Petaling iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damansara serta Kolam Takungan Dwi-Fungsi bagi Sungai Klang dan Sungai Rasau.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa kesal dan mahu kerajaan negeri segera merangka pelan menyeluruh bagi mengatasi isu banjir yang masih berlarutan sehingga kini.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO