Selangor junjung titah Sultan tidak membenarkan penternakan babi

MAJLIS Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor menjunjung kasih titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah negeri ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sejak Januari lalu tiada lagi lesen penternakan babi dikeluarkan.

“Sejak bulan Januari, kerajaan negeri telah memberhentikan pengeluaran lesen penternakan babi dan memfokuskan kepada pengosongan tapak ladang yang sedia ada di Tanjung Sepat, menjiwai titah DYMM Tuanku Sultan Selangor yang dizahirkan Baginda pada bulan lalu.

“Dalam menjunjung kasih titah terbaharu DYMM Tuanku Sultan Selangor, melangkah ke hadapan, kerajaan negeri tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi kepada mana-mana pihak di negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amirudin berkata, ladang babi sedia ada di Tanjung Sepat akan ditutup dengan seberapa segera dan berperingkat.

“Bagi ladang penternakan yang beroperasi sebelum ini, kawasan tersebut akan ditutup dengan kadar lebih pantas secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam kenyataan pada 10 Januari lalu menzahirkan dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan untuk memusatkan operasi ternakan babi di Tanjung Sepat sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Susulan itu, EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim kemudiannya mengadap Sultan pada Isnin, 12 Januari bagi memperincikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkaitan operasi penternakan babi di Kuala Langat.

Izham kemudiannya memaklumkan kerajaan negeri akan mempercepatkan pelaksanaan pemindahan ladang ternakan babi di daerah Kuala Langat dan Sepang ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, pada tahun ini, lebih awal daripada perancangan asal pada 2030.

“Kerajaan Negeri menghormati serta mengambil kira pandangan dan kebimbangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, dan perkara yang dibincangkan sebenarnya selari dengan syor kerajaan negeri,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16