Sarawak peruntuk RM17 juta, perkasa inisiatif komputer riba percuma

KUCHING – Sarawak memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM17 juta bagi menjayakan pelaksanaan kumpulan kedua inisiatif pemberian komputer riba percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Simbolik penyerahan dana tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada delegasi Yayasan Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, pada pagi Selasa.

Peruntukan itu membolehkan Yayasan Sarawak memulakan proses pengagihan peranti dengan kadar segera kepada 5,700 penerima yang layak menerusi aplikasi e-dompet, SPay Global.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, jumlah kumulatif peruntukan bagi inisiatif berkenaan pada tahun 2025 sahaja telah mencecah RM30 juta.

“Kita telah berjaya mengagihkan bantuan kepada kumpulan pertama melibatkan lebih 5,000 pelajar dan hari ini diteruskan lagi kepada 5,700 penerima baharu, menjadikan cakupan inisiatif ini sangat komprehensif,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurutnya, kerajaan Sarawak menyasarkan 10,000 penerima baharu sebagai kesinambungan kejayaan fasa awal program (2024-2025) yang telah memberi manfaat kepada 20,009 pelajar dengan kos keseluruhan mencecah RM61 juta.

Selain bantuan peranti siswa, Yayasan Sarawak turut melengkapi ekosistem pendidikan negeri menerusi penyediaan baucar buku, bantuan pakaian seragam, pengangkutan sekolah percuma serta Skim Bantuan Khas Kewangan.

Dalam perkembangan berkaitan, dasar pendidikan tertiari percuma di universiti milik kerajaan negeri kini menunjukkan impak positif menerusi peningkatan ketara pendaftaran pelajar, khususnya dalam jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sementara itu, Fazzrudin turut memaklumkan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) diteruskan dengan dana tahunan berjumlah RM8 juta bagi menampung kos penerbangan pelajar anak Sarawak.

“Subsidi pengangkutan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 11,000 pelajar setiap tahun yang merangkumi anggaran 22,000 perjalanan pergi dan balik,” jelasnya.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16