Curi sawit untuk beli dadah, lelaki 48 tahun ditahan

SARATOK – Seorang lelaki tempatan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok kerana dipercayai terlibat dalam kes kecurian buah kelapa sawit di Ladang SALCRA Saratok, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Jalan Orang Kaya Temenggong oleh sepasukan anggota BSJD yang diketuai Insp Hendry.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, laporan dibuat oleh seorang Polis Bantuan SALCRA berusia 51 tahun selepas terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam yang membawa muatan sawit dipercayai milik ladang berkenaan.

“Pengadu bersama penyelia telah mengekori kenderaan itu sehingga ke Taman Lily, namun suspek berjaya meloloskan diri.

“Anggaran kerugian adalah kira-kira 400 kilogram buah sawit bernilai lebih RM300,” jelasnya.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dan pemeriksaan awal mendapati air kencingnya positif methamphetamine dan amphetamine.

Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah Mitsubishi Triton, sebatang ‘spike’ tojok buah sawit, dua bilah mata tombak, dua tandan buah sawit serta sebuah beg silang kalis air.

Mathew berkata, suspek mengaku mencuri buah sawit berkenaan bersama seorang rakan yang masih bebas.

“Suspek mengaku mencuri buah sawit tersebut untuk mendapatkan wang membeli bekalan dadah bagi kegunaan sendiri,” katanya.

Tambahnya, polis kini sedang mengesan seorang lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Setakat ini, kes tersebut masih dalam siasatan lanjut.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16