Sebabkan kematian dua beradik, pemandu treler didakwa guna dadah

ROMPIN – Seorang pemandu treler didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret kerana menggunakan dadah dan memandu kenderaan bawah pengaruh dadah.

Dalam kejadian pada 3 Ogos lalu di Pekan, mengakibatkan kematian dua beradik.

Tertuduh, Muhammad Fadzil Zakaria, 40, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.

Bagi tuduhan pertama, Muhammad Fadzil didakwa memasukkan methamphetamine ke dalam tubuhnya yang dikesan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sekitar jam 4.10 petang pada 3 Ogos.

Bapa kepada seorang anak itu dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda sehingga RM5,000 atau dua tahun penjara.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim memohon tertuduh dijamin RM3,000.

Beliau diwakili oleh peguam Ahmad Deniel Roslan, yang berkata anak guamnya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM2,300 dan perlu menyara seorang isteri serta seorang anak kecil.

Ahmad Deniel berkata, tertuduh berjanji untuk hadir ke mahkamah untuk prosiding dan bersedia mematuhi sebarang syarat tambahan. Melody Woon membenarkan jaminan RM1,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Oktober untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, tertuduh turut didakwa memandu treler di bawah pengaruh methamphetamine menyebabkan dia tidak boleh mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian Nurnazzatul Fashihah Nasruddin, 32, dan Muhammad Waldan Faris Nasruddin, 21.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 5, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di Pekan kira-kira jam 4.15 pagi 3 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000.

Bagi tuduhan itu, Melody Woon menetapkan jaminan sebanyak RM5,700 dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes.

Majistret juga mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi