Kerajaan Sarawak pantau Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif

MUKAH – Program turun padang diketuai oleh Timbalan Premier Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas diadakan di Sekolah Kebangsaan Dua Sungai Mukah, hari ini.

Lawatan pemantauan di SK Dua Sungai Mukah mendapati sekolah tersebut masih dalam proses kerja akhir pembinaan di bawah Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif yang diperuntukkan RM1 bilion.

SK Kampung Petanak juga dilaporkan berada di peringkat akhir pembinaan. Kedua-dua sekolah ini dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, SK Dijih masih memerlukan tindakan segera daripada pihak kontraktor untuk memastikan projek siap secepat mungkin setelah mengalami kelewatan dari tarikh yang dijadualkan.

Pegawai Pendidikan Daerah Mukah Baharon Othman menyampaikan ucapan terima kasih dan rasa syukur melalui Facebook rasmi PPD Mukah kepada pihak yang terlibat dalam program tersebut.

“Program ini kerana ia membolehkan suara dan keperluan masyarakat setempat didengari dan diambil tindakan,” ujar beliau.

Menurut beliau, kehadiran dan perhatian yang diberikan oleh pemimpin tinggi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah (DDC) Mukah adalah satu tanda positif bahawa isu-isu infrastruktur dan pendidikan di daerah Mukah akan mendapat perhatian sewajarnya dan penyelesaian yang diharapkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir Aidel Lariwoo, ADUN Tellian, Royston Valentine Pengarah JKR Sarawak Dr. Cassidy Morris, Residen Bahagian Mukah Tuan Kueh Lei Poh, serta pegawai-pegawai JKR Sarawak.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026