Lelaki maut, kereta langgar tiang dan papan tanda



KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia 27 tahun dilaporkan maut di lokasi kejadian selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang di Jalan Pintas Bulatan Kampung Kopungit, di sini, semalam.

Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 12.26 pagi.

“Selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota bomba Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian bersama Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kemalangan melibatkan seorang mangsa dan kenderaan jenis sedan yang dipandunya terbabas sendiri lalu melanggar tiang Telekom serta papan tanda di tepi jalan.

“Anggota penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan itu menggunakan peralatan khas (Rescue tools), namun mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan KKM,” menurut kenyataan JPBM Sabah.

Operasi ditamatkan pada jam 1.20 pagi dan mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan