Sarawak tegas tangani isu projek sakit – Abang Johari

MUKAH: Sarawak memperkenalkan langkah tegas untuk memastikan projek kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kontrak pelaksanaan projek kerajaan yang berjaya dibida akan ditarik balik sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas dianugerahkan projek.

“Langkah terbaik untuk menangani masalah kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan, yang sering kali memberi kesan negatif kepada rakyat Sarawak, kata Abang Johari

Tambah Abang Johari, langkah ini perlu diambil bagi memastikan projek berjalan dengan lancar dan kepentingan awam dapat dilindungi.

Abang Johari turut menyatakan masalah projek “sakit” sering timbul apabila kontraktor tidak mempunyai kekuatan kewangan dan membida pada harga yang amat rendah hanya untuk memenangi tender.

“Tiga kontrak yang baru-baru ini ditarik balik termasuk pemasangan lampu isyarat di Jalan Samarahan, serta pembinaan Jambatan Marudi dan Jambatan Rambungan,” ujarnya

Jelas Abang Johari, kerajaan akan memantau kontraktor yang menggunakan beberapa nama syarikat yang berbeza untuk memenangi bidaan tetapi tidak mempunyai kapasiti untuk melaksanakan projek tersebut.

Abang Johari menegaskan pentingnya melaksanakan tindakan tegas untuk mengelakkan rakyat daripada menerima kesan buruk akibat kegagalan pelaksanaan projek oleh kontraktor.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi