Majlis pembukaan SUKMA pamer keunikan budaya Sarawak

KUCHING: Berbaki dua hari lagi untuk majlis pembukaan SUKMA XXI yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos ini, Majlis Seni Sarawak (MSS) giat menjalankan persiapan untuk menjayakan majlis itu.

Stadium Sarawak yang menjadi saksi majlis julung kali diadakan itu bakal dihadiri 40,000 pengunjung dari seluruh negara, termasuk dari negara jiran, Brunei.

Bagi menyempurnakan majlis berkenan, MSS telah membuat persiapan rapi termasuk raptai yang turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Persiapan ini dilakukan bagi memastikan semua aturcara majlis berjalan lancar seperti yang telah dirancang pada hari sebenar kelak.

Turut hadir Timbalan Setiausaha (Operasi) Kerajaan Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif MSS Dayang Mariana Abang Bolhassan.

Selain itu, antara tetamu kehormat lain yang turut dijadualkan hadir adalah TYT Yang Dipertua Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar beserta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Ketika ini persiapan masih dijalankan dan raptai penuh akan diadakan pada malam ini (Khamis).

Bagi orang awam yang akan hadir pada malam perasmian kelak, adalah wajib untuk anda membawa sekali tiket yang telah diberikan.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan