Sarawak sasar pasaran Asia, kesan tarif AS minimum

KUCHING – Sarawak kekal optimis tidak terjejas dengan pelaksanaan tarif balas oleh Amerika Syarikat (AS), memandangkan fokus utama eksport negeri ini terus berpaksikan pasaran Asia yang kukuh dan stabil.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, eksport negeri ke AS hanya berjumlah RM1.2 bilion pada tahun 2023, bersamaan 0.9 peratus daripada keseluruhan eksport, dengan produk utama ialah ferro alloy.

“Eksport utama Sarawak merangkumi gas asli cecair (LNG), petroleum, minyak sawit dan aluminium, yang sebahagian besarnya dihantar ke Jepun, China, India dan negara serantau lain,” jelas kementerian dalam jawapan kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili dan Lingga pada persidangan DUN pada Selasa

Kementerian itu turut menegaskan fokus eksport Sarawak ke pasaran Asia yang menyumbang lebih 73 peratus daripada nilai eksport keseluruhan membolehkan negeri ini kekal stabil walaupun berdepan ketidaktentuan pasaran global.

Antara langkah yang diambil ialah memperkukuh rantaian bekalan, mempelbagaikan pasaran eksport, melabur dalam sektor strategik serta meneroka perjanjian perdagangan dua hala bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu-satu pasaran.

“Kerajaan Persekutuan juga menubuhkan Pusat Komando Geoekonomi Kebangsaan (NGCC) bagi merangka strategi mitigasi bersepadu terhadap kesan tarif ini,” tambah kenyataan itu.

Sarawak turut memanfaatkan pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) serantau seperti RCEP dan ASEAN-China FTA dalam usaha memperluas akses ke pasaran baharu termasuk Timur Tengah dan Eropah.

Di samping itu, Sarawak juga giat memajukan tenaga boleh diperbaharui seperti kuasa hidro dan solar, serta memperkenalkan automasi dalam sektor pertanian dan perkilangan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat