Polis bongkar makmal mini dadah di Miri, rampasan cecah RM137,000

MIRI – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penemuan sebuah ‘makmal mini’ yang dijadikan lokasi memproses dadah jenis ekstasi di sebuah rumah kediaman di Jalan Taman Delight Utama.

Serbuan pertama dilakukan pada 12 Mei lalu kira-kira jam 9 malam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 44 tahun.

Hasil serbuan itu, polis merampas sejumlah 117,064 gram serbuk disyaki ekstasi serta 146 gram pil ekstasi bersamaan 400 biji, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM137,064.

Keesokan harinya, pada 13 Mei jam 11 pagi, polis kembali ke lokasi sama dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam sindiket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata jumlah rampasan itu mampu menampung keperluan kira-kira 177,464 orang penagih.

“Rampasan ini antara yang terbesar direkodkan di daerah Miri dan kejayaan ini hasil maklumat risikan serta pemantauan berterusan pihak polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 20 dan 21 Mei 2025 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis