Sarawak kekal destinasi pelaburan berdaya saing

KUCHING – Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing menerusi disiplin fiskal, strategi tenaga dan keupayaan pelaksanaan negeri yang diselaraskan dengan realiti ekonomi global yang semakin mencabar.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perubahan landskap ekonomi serantau dan antarabangsa menuntut pendekatan kewangan yang lebih berhati-hati berbanding pertumbuhan stabil di rantau ASEAN dua dekad lalu.

Menurutnya, Belanjawan Sarawak 2026 dirangka berasaskan andaian konservatif dengan mengambil kira situasi turun naik pasaran global serta keadaan kewangan yang lebih ketat.

“Walaupun begitu, Sarawak terus mengunjurkan lebihan belanjawan. Ini mencerminkan pengurusan kewangan yang berdisiplin, sumber pendapatan yang pelbagai dan rizab yang kukuh.

“Kedudukan fiskal yang stabil ini membolehkan kerajaan negeri meneruskan pelaburan strategik tanpa perlu menangguhkan keputusan penting dalam suasana ekonomi mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Majlis Perasmian Forum Perniagaan dan Ekonomi ASEAN Sarawak (ASBEF) 2026 pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, disiplin kewangan itu diterjemahkan kepada perbelanjaan pembangunan bernilai RM9.3 bilion yang menggunakan dana Sarawak sendiri.

Jelas beliau, peruntukan tersebut memberi tumpuan khusus kepada pelaburan bersasar dalam infrastruktur, kapasiti industri, sistem tenaga serta kesiapsiagaan digital.

Pada majlis sama, Premier Sarawak turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan ASEAN kepada 14 penerima.

Senarai penerima didahului oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Abdul Aziz Husain yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan Perniagaan ASEAN.

ASBEF 2026 dianjurkan secara bersama oleh Kelab Ekonomi ASEAN (AEC), Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik dan Kelab Perniagaan ASEAN, menghimpunkan kira-kira 200 peserta terdiri daripada pembuat dasar dan pakar industri.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni serta Presiden Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik, Tan Sri Michael Yeoh.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

  • Related Posts

    Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

    SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    3 maut ditembak dalam restoran

    KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

    Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

    3 maut ditembak dalam restoran

    3 maut ditembak dalam restoran

    PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

    PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

    Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

    Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

    UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16