Sarawak komited perkasa ekonomi luar bandar melalui Village Transformation Programme (VTP)

SIBU – Seramai 48 peserta dari rumah panjang dan penempatan di Sibu, Kanowit dan Selangau kini memiliki kemahiran baharu dalam bidang kulinari dan kraf tangan selepas mengikuti Village Transformation Programme (VTP) selama lima hari di Hotel Premier Sibu.

Program anjuran kerajaan Sarawak itu membuka peluang kepada peserta untuk meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup melalui latihan intensif yang dijalankan.

Timbalan Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Mohamad Ashree Wee berkata, VTP bertujuan memperkasa penduduk luar bandar khususnya komuniti rumah panjang  menerusi pendedahan kepada idea, pengetahuan dan kemahiran baharu.

“Dalam jangka masa panjang, program ini dapat membentuk komuniti luar bandar yang berdaya saing dan inklusif selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan VTP Siri 3/2025 bagi Bahagian Sibu pada Jumaat.

Menurut beliau, peserta akan dipantau oleh sekretariat program bersama pejabat residen dan pejabat daerah bagi menilai impak kursus terhadap kehidupan seharian dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Tahun ini, pemantauan akan dijalankan di beberapa rumah panjang dan penempatan di Sibu,” jelasnya.

Ashree berharap semua peserta dapat menjadi ejen perubahan di komuniti masing-masing dengan berkongsi ilmu, meningkatkan pendapatan dan mengangkat kualiti hidup.

Sementara itu, VTP seterusnya akan diadakan di Sri Aman pada Oktober depan dan menjadi penutup bagi pelaksanaan VTP 2022-2025 di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM