Sarawak komited majukan semula Santubong sebagai destinasi pelancongan warisan – Nancy Shukri

KUCHING – Sarawak komited menyokong usaha memajukan semula kawasan Santubong sebagai destinasi pelancongan warisan yang berpotensi meningkatkan ekonomi setempat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seminar berkaitan Santubong dianjurkan bersama pihak akademik dan penceramah jemputan bagi memberi pendedahan kepada penduduk tempatan mengenai sejarah serta penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan berkenaan.

“Kita mahu masyarakat setempat memahami nilai sejarah Santubong supaya ia dapat dijadikan bahan rujukan serta membantu mereka menjadi pemandu pelancong bercerita kepada pelancong,” ujarnya.

Menurut Nancy, Santubong pernah menjadi kawasan terkenal suatu ketika dahulu namun pembangunan di kawasan itu agak perlahan sebelum ini. Dengan kerjasama kerajaan negeri, usaha menghidupkan semula potensi kawasan berkenaan kini sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, antara lokasi penting yang dikenal pasti sebagai tapak penemuan sejarah termasuk Sungai Jaong,  Bongkissam, Bukit Maras dan Pusat Wallace yang telah banyak diperkatakan dalam penulisan dan kajian oleh penulis tempatan.

Sokongan terhadap usaha ekskavasi dan penyelidikan

Nancy berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha penyelidikan dan ekskavasi lanjutan di kawasan tersebut bagi menambah penemuan baharu yang boleh memperkukuh bukti kewujudan tamadun awal di Sarawak.

“Penemuan yang ada ini penting untuk kita memperkenalkan Santubong kepada orang luar,” ujarnya.

Isu PDK dan pengurusan elaun

Dalam sidang media sama, beliau turut menjawab soalan mengenai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan menjelaskan bahawa pusat tersebut bukan dimiliki kerajaan, sebaliknya ditubuhkan dan dikendalikan komuniti setempat.

Katanya, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi geran permulaan sehingga RM100,000 serta bantuan tahunan sehingga RM40,000, manakala elaun petugas kini mencecah RM1,200 hingga RM1,700 bergantung kepada tanggungjawab masing-masing.

“Kalau mereka rasa masih tidak mencukupi, terpulang kepada pengurusan PDK untuk mendapatkan sokongan tambahan melalui CSR atau sumber lain. Kerajaan sudah bantu setakat kemampuan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa elaun pelatih PDK telah dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 bagi meringankan keperluan mereka.

Persediaan menghadapi bencana banjir di Sabah

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata, kementeriannya sudah bersedia menghadapi kemungkinan banjir di Sabah menjelang musim monsun, terutama di kawasan yang terlibat dengan pilihan raya.

Beliau menjelaskan pegawai kaunselor, pegawai psikologi serta agensi lain telah diarahkan bersedia di PPS bagi membantu mangsa yang mengalami tekanan, termasuk kanak-kanak.

“Kita sudah ada pengalaman sebelum ini, jadi persiapan lebih tersusun dan kerjasama antara agensi sangat penting,” katanya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi