Sarawak komited bantu usahawan wanita tingkat taraf hidup – Rosey Yunus

SUBIS – Sarawak terus komited membantu usahawan wanita meningkatkan taraf hidup serta mendapat peluang adil dan saksama dalam pembangunan ekonomi.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus, inisiatif ini bukan sahaja membantu usahawan wanita dari segi kewangan, tetapi memperkukuh jaringan ekonomi di negeri ini.

“Dengan adanya bantuan dan geran ini, diharapkan lebih ramai wanita dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui perniagaan yang mampan dan berdaya saing,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak Bahagian Miri di Dewan Masyarakat Bekenu pada Isnin.

Sementara itu, Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak 2025 Bahagian Miri menghimpunkan pemimpin tempatan, pegawai kerajaan serta usahawan wanita bagi sesi libat urus berkaitan geran dan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS). 

Inisiatif ini bertujuan memperkasa kaum wanita Sarawak dengan penyampaian maklumat berkenaan syarat serta prosedur permohonan Geran Pemerkasaan NGO, Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS), dan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak.

Selain itu, sesi ini turut menekankan kepentingan pemantauan terhadap kemajuan penerima bantuan bagi memastikan peruntukan yang diberikan digunakan secara optimum dan berkesan.

Antara peserta yang hadir ialah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita, serta usahawan wanita yang menjalankan sama ada perniagaan secara separuh ataupun sepenuh masa.

Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak akan diteruskan ke bahagian lain di negeri ini bagi memastikan lebih ramai wanita mendapat manfaat daripada inisiatif yang telah dirancang oleh kerajaan Sarawak. 

Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis, Fauziliana Osman; Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Miri, Geraldine Janely Doris Peter Kulai; Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Beluru, Esther Maideri Iban; dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Telang Usan, Ping Anyi Ngau.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda