Kerajaan negeri tanggung kos rawatan pelajar Johor terlibat kemalangan di Jordan

ISKANDAR PUTERI – Susulan kemalangan menimpa empat pelajar Universiti Mu’tah di Jordan, Sabtu lalu, Kerajaan Negeri akan menanggung kos rawatan dua mangsa yang ditempatkan di hospital negara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, dua daripada empat pelajar itu merupakan warga Johor yang kini berada di tahun pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul.

Memetik laporan Malaysian Gazette, menurut Mohd Fared, kedua-dua mangsa, Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan namun masih trauma.

“Kos perubatan mereka sebanyak RM4,424.59 akan ditanggung Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kita dimaklumkan juga kedua-dua pelajar ini merupakan pelajar persendirian.

“Kedua-dua pelajar terbabit masih berada di Hospital Al-Karak, Jordan. Dijangka Muhammad Zaqwan akan keluar dari hospital hari ini. Namun Muhammad Ilham masih menggunakan pembalut leher dan dalam pemantauan hospital,” katanya.

Mohd Fared berkata, kemalangan membabitkan dua pelajar berkenaan bersama-sama rakannya masing-masing dari Selangor dan Wilayah Persekutuan itu tidak melibatkan kenderaan lain ketika kejadian.

Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ) memantau rapat keadaan empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di negara itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau dimaklumkan tiga daripada mereka berada dalam keadaan stabil manakala seorang lagi masih memerlukan perhatian rapi pihak hospital.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data