Sarawak raih penghormatan hos Persidangan Penyelidikan Antarabangsa WSDN 2026

KUCHING – Sarawak diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Persidangan Penyelidikan Antarabangsa Ke-9 Persatuan Kejururawatan Bencana Sedunia (WSDN) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 19 September ini.

Persidangan bertaraf antarabangsa yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu disifatkan sebagai pengiktirafan penting kepada Sarawak dalam memperkukuh agenda pengurusan bencana.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, acara itu menjadi platform strategik bagi pertukaran teknologi kecemasan, penyelesaian inovatif serta pendekatan praktikal dalam aspek kesiapsiagaan dan pemulihan bencana.

Menurutnya, penganjuran tersebut amat signifikan memandangkan kekerapan bencana alam kini menunjukkan peningkatan ketara, sebahagiannya didorong oleh perubahan iklim global.

“Kita sedia maklum bahawa bencana alam semakin kerap berlaku sama ada kita bersedia ataupun tidak.

“Sebagai contoh pada tahun lalu, kita menyaksikan kejadian banjir terburuk di Bintulu selain pelbagai insiden luar jangka lain,” katanya pada sidang akhbar di BCCK pada Khamis.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, persidangan itu dijangka menghimpunkan kira-kira 500 delegasi dari seluruh dunia.

Jelas beliau, ia membuka ruang kepada Sarawak untuk bertukar kepakaran, memperluas jaringan kolaborasi serta meningkatkan keupayaan institusi tempatan.

Tambahnya, penglibatan negara seperti Jepun yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan bencana alam juga bakal memperkaya wacana serta menyumbang input bernilai kepada para peserta.

Turut hadir, Pengerusi WSDN, Profesor Dr Sonoe Mashino; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Jason Tan Chin Foo dan Pengerusi Persidangan WSDN 2026, Dr Nurul’Ain Ahayalimudin.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat