Sanusi tarik balik kenyataan fitnah, PMX tunjuk kelas pemimpin sebenar

KELMARIN, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sekali lagi menunjukkan sisi pemaafnya sebagai pemimpin.

Kali ini terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap Perdana Menteri.

Ironinya, inilah orang yang dulu dengan penuh gaya ‘abang long pentas ceramah’ menjerit dan mengangkat tangan, kononnya tidak gentar kepada sesiapa.

Dulu dialah yang menegaskan tak mahu ‘budak kecil’ datang mencabarnya tapi akhirnya, PMX sendiri yang mencabarnya dan kini memaafkan dia pula.

Hari ini Sanusi juga mengangkat tangan, tapi bukan lagi tanda berani tetapi tanda menyerah.

Menarik balik kenyataan fitnah dengan ‘hati terbuka dan suci hati tanpa syarat’, kononnya.

Inikah panglima perang Pas yang diagung-agungkan sewaktu PRU15?

Hebat di pentas ceramah, tapi kecut bila berdepan perbicaraan mahkamah.

Banyak ucapannya waktu itu bukan datang dari fakta, tapi dari ‘nafsu tepuk sorak penyokong’.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, juga pernah menfitnah PMX tetapi akhirnya menarik balik kenyataan selepas disaman.

Kini giliran Sanusi pula. Dan ini bukan kali pertama beliau ‘disedarkan’ oleh saman fitnah; selepas isu dengan Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor, kini dengan PMX pula.

Nasib baik Sanusi sempat menarik balik kenyataannya sebelum perbicaraan bermula. Kalau tidak, mungkin harimau Jeneri itu akan pulang ke kandang dengan ekor di celah kaki.

Sungguhpun PMX memaafkan Sanusi, penulis yakin ramai penyokong Pakatan Harapan pastinya kecewa.

Mereka mungkin rasa keadilan belum ditegakkan sepenuhnya. Tapi begitulah PMX yang memilih jalan damai, menumpukan kerja untuk rakyat daripada turun naik mahkamah melayan fitnah orang politik.

Soalnya kini, adakah Sanusi akan berhenti selepas ini? Atau mulutnya akan kembali celupar sebaik mikrofon dihulurkan semula di pentas Pas?

Kemaafan PMX jelas menunjukkan beliau berjiwa besar, mengamalkan nilai Islam sebenar dan bukan Islam yang dijadikan alat politik.

Namun, yang sukar berfikir tetap akan terus memuja pemimpin mereka walau berulang kali menconteng muka sendiri dengan aib dan fitnah.

Bagi penyokong atas pagar, mungkin mereka melihat tindakan PMX ini sebagai bukti kematangan dan ketenangan seorang pemimpin sejati.

Tetapi bagi ‘walaun totok’, apa saja akan diputar yang kononnya PMX takut kalah dan jejas imejnya.

Beginilah apabila taasub dijadikan makanan rohani dengan kebenaran pun kelihatan pahit.

Hatta sejarah Kedah tetap akan terukir dan mencatat rakyatnya mendapat pemimpin yang memalukan.

Sanusi mungkin boleh menarik balik kenyataannya, tapi tidak mungkin menarik balik aib akibat keceluparan lidahnya sendiri.

Related Posts

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis