Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperhalusi kaedah penyampaian maklumat berkaitan krisis Asia Barat kepada bakal jemaah haji menerusi perbincangan teknikal antara Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Fahmi berkata, usaha itu penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan, khususnya melalui Lembaga Tabung Haji (TH), adalah tepat, jelas dan dapat disalurkan dengan segera sekiranya timbul sebarang isu.

“Kerajaan memahami kebimbangan sesetengah pihak susulan ketidaktentuan situasi geopolitik semasa, termasuk konflik Asia Barat yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Iran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, Zulkifli telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa keadaan semasa masih selamat untuk jemaah haji Malaysia menunaikan ibadah di Tanah Suci.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang dapat peluang untuk mengerjakan haji tetapi risau, saya sarankan untuk berhubung dengan pihak TH bagi mendapatkan maklumat sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini, Zulkifli dilaporkan menegaskan bahawa keselamatan petugas serta jemaah haji Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, khususnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan susulan perkembangan geopolitik di Asia Barat.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap keupayaan serta pengalaman petugas haji TH dalam menguruskan operasi haji, sekali gus memastikan kebajikan 31,600 jemaah haji Malaysia terpelihara.

Penerbangan pertama jemaah Malaysia bagi musim haji 1447H/2026M dijadualkan bermula pada 18 April ini, manakala penerbangan terakhir pada 20 Mei.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara