SAIP bakal jadi hab inkubasi agro, bioteknologi tempatan

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe mahu Taman Perindustrian Agro Sabah (SAIP) diperkukuh sebagai hab inkubansi untuk pemain industri agro dan bioteknologi tempatan.

Cadangan itu dikemukakan susulan lawatan rasmi pertamanya ke SAIP baru-baru ini yang bertujuan mempercepatkan usaha menjadikan taman industri itu sebagai landasan permulaan kepada usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah.

Phoong, yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi SAIP, menekankan bahawa masa depan taman ini terletak pada usaha melahirkan bakat dan perniagaan tempatan, bukan semata-mata menarik pelaburan luar.

“Kekayaan Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada sumber asli, tetapi juga kepada keupayaan kita untuk memproses, berinovasi dan mengeksport.

“SAIP mesti berkembang menjadi pusat melahirkan generasi baharu usahawan tani dan inovator bioteknologi Sabah,” kata Phoong dalam kenyataan media pada Isnin.

Phoong menegaskan bahawa SAIP perlu menjadi lebih daripada sekadar taman perindustrian yang mana ia mesti berperanan sebagai pusat pembangunan bakat, inkubasi perniagaan dan inovasi dalam pemprosesan agro serta bioteknologi.

“Kita mahu SAIP menjadi platform untuk rakyat Sabah berinovasi, menghasilkan produk, dan membawa produk bernilai tambah ke pasaran tempatan serta antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa beberapa pelabur berpotensi sudah mula menyatakan minat untuk meneroka peluang di SAIP sejak beliau mengambil alih kepimpinan taman itu dan itu adalah petanda positif terhadap potensi SAIP yang belum diterokai sepenuhnya.

Sepanjang lawatannya, beliau meninjau infrastruktur SAIP, termasuk barisan pengeluaran, unit pemprosesan herba, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D), sistem rumah hijau pintar, unit pemprosesan selepas tuaian, kemudahan penanaman cendawan dan lot inkubasi PKS.

Bagaimanapun, beliau meluahkan kekecewaan kerana banyak fasiliti canggih di SAIP masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.

“Sungguh menyedihkan melihat mesin dan kemudahan bernilai tinggi dibiarkan terbiar hampir satu dekad. Kita mesti hidupkan semula aset ini dan jadikannya enjin pertumbuhan untuk industri tempatan,” tegasnya.

Sehubungan itu, Phoong mengarahkan penstrukturan semula operasi SAIP dengan lebih strategik dengan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu menyediakan akses mampu milik kepada usahawan tempatan, mengaktifkan semula fasiliti yang tidak digunakan serta menjalin kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan dan pelabur swasta.

  • Related Posts

    Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

    KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

    PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

    Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

    SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

    SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

    6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

    6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

    Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

    Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

    Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

    Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

    Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

    Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan