‘Safe house’ ahli politik berpengaruh digeledah, SPRM temukan RM5 juta didakwa hasil rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) merampas wang tunai berjumlah S$1.529 juta (kira-kira RM5 juta) di sebuah pangsapuri ibu negara, semalam, yang dipercayai dijadikan ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh.

Sumber daripada SPRM berkata, operasi itu dilakukan susulan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan syarikat cabang pelaburan negeri itu.

Menurut beliau, hasil siasatan itu juga pihaknya berjaya menahan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di MBI yang didakwa ada kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai ‘nama besar’ di Selangor.

“Hasil penahanan terbabit, salah seorang daripada suspek yang ditahan telah
mendedahkan kepada kita kewujudan ‘safehouse’ yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh di Malaysia.

“Sehubungan itu, kira-kira jam 10 malam tadi (semalam), kita melakukan penggeledahan di sebuah pangsapuri di mana ia disewa oleh seorang ahli perniagaan sebagai tempat penyimpanan wang hasil rasuah yang diperoleh.

“Hasil penggeledahan itu, SPRM menemukan tunai mata wang Singapura berjumlah S$1,529,000 atau bernilai kira-kira RM5 juta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, sumber berkata, SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

“Siasatan pembabitan ahli politik berpengaruh itu sedang dilaksana secara terperinci selain kes berkenaan ketika ini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi secara ringkas mengesahkan penahanan dua suspek tersebut.

“Saya mengesahkan memang ada dua orang telah ditahan SPRM yang terbabit dalam perbuatan rasuah berhubung mendapat konsesi pasir daripada MBI,” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan